GEORGE TOWN – Lima mangsa termasuk seorang doktor lelaki cedera akibat melecur pada anggota badan apabila sebuah bilik di hospital swasta di Jelutong di sini terbakar angkara perbuatan khianat salah seorang mangsa dipercayai kurang siuman petang tadi. Insiden kira-kira pukul 4.30 petang itu berlaku apabila suspek berusia 30-an dikatakan telah memasuki ke bilik doktor berkenaan lalu menuang minyak petrol sebelum menyalakan api. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya…










