PARIT BUNTAR – Seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri di tepi jalan berhampiran sebatang parit di Parit Lintang, Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 5.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Zulhilmi Jalaludin, 32, dan motosikalnya terbalik ditemui orang awam yang melalui jalan tersebut. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 5.40 pagi…










