Lelaki ditahan hina agama Islam - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan hina agama Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 2 Sept. –Padah me­nimpa seorang lelaki apabila ditahan kerana memuat naik ra­kaman video menghina agama Islam dalam laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Wajah seorang lelaki berusia 24 tahun yang ditahan pihak berkuasa selepas memuat naik rakaman video
WAJAH seorang lelaki berusia 24 tahun
yang ditahan pihak berkuasa selepas
memuat naik rakaman video menghina
agama Islam di laman sosial Facebook
miliknya. – Gambar Media Sosial

Lelaki berusia 24 tahun berasal dari Kedah itu ditahan sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Johor Bahru kira-kira pukul 3.40 pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jena­yah Selangor, Senior Asisten Ko­misioner Fadzil Ahmat berkata, lelaki terbabit ditahan selepas pi­haknya menerima satu laporan polis Khamis lalu yang dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) La­pangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejurus menerima laporan ber­kaitan video yang tular dalam laman sosial berkaitan seorang lelaki menghina agama Islam, kita berjaya menahan lelaki berke­naan di sebuah kawasan di Johor Bahru pagi tadi.

“Hasil semakan mendapati lelaki yang ditahan itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Fadzil, lelaki itu ditahan reman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan keresahan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan.

Baru-baru ini, tular sebuah klip video berdurasi dua minit 35 saat memaparkan rakaman lelaki terbabit yang dipercayai ‘membahaskan’ tentang ketidakpuasan hatinya terhadap Melayu dan Islam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini