BUKIT MERTAJAM 25 Sept. – Polis menahan seorang lelaki selepas dia membuat laporan palsu yang mendakwa dia disamun dua lelaki yang melarikan wang tunai RM20,000 milik syarikatnya di Perkampungan Juru dekat sini petang semalam. Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan selepas pihak polis yang mengambil keterangannya berhubung kehilangan wang tunai itu berasa sangsi dengan laporan polis yang dibuat di ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini. Dia…










