Lelaki didakwa gaji pekerja tanpa permit sah - Utusan Malaysia

Lelaki didakwa gaji pekerja tanpa permit sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


PETALING JAYA 25 Sept. – Seorang penjaga pusat kesihatan lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggaji empat wanita warga Vietnam tanpa permit kerja yang sah, dua tahun lalu.

Tan Chee Beng, 36, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah Pusat Kesihatan di Taman Serdang Perdana, dekat sini kira-kira pukul 10.10 malam, 26 Oktober 2016.


Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 55B(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 12 bulan bagi setiap pekerja yang diambil.


Majistret Nor Ariffin Hisham membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Oktober ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed sementara tertuduh diwakili peguam Datuk Suraj Singh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN