BUKIT MERTAJAM 25 Sept. – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah seberat 27.2 kilogram 12 September lalu. Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Lee Wooi Keong, 46, yang mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dianne Ningrad Nor Azhar. Mengikut pertuduhan dia didakwa mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 27, 275 gram di nombor 60-62 Kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bukit…










