PARIT BUNTAR 19 Sept. – Seorang lelaki cedera apabila tangan kanannya tersepit pada mesin penggelek kertas di sebuah kilang percetakan di Jalan Perusahaan 3, Taman Krian, di sini hari ini. Mangsa berusia 48 tahun itu dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan lanjut sebaik sahaja tangannya berjaya dikeluarkan daripada mesin berkenaan. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Parit Buntar berkata, pihaknya ke kilang berkenaan untuk membantu mengeluarkan tangan mangsa selepas menerima…









