Lebuhraya GCE ditutup sepenuhnya pada Ahad depan - Utusan Malaysia

Lebuhraya GCE ditutup sepenuhnya pada Ahad depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) akan ditutup sementara waktu bermula dari pukul 3 pagi hingga 2 petang pada 16 September ini bagi memberi laluan kepada penganjuran GCE Duathlon 2018.

Menurut kenyataan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas), penutupan itu melibatkan dua laluan iaitu dari Shah Alam menghala ke Utara dan dari Utara menghala ke Shah Alam.

“Pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif sepanjang penutupan. Mereka tidak perlu risau kerana Prolintas menyediakan penunjuk arah bagi memudahkan perjalanan.

“Antara laluan alternatif adalah Jalan Kuala Selangor ke Puncak Alam dan seterusnya ke Sungai Buloh, melalui Kampung Melayu Subang menghala ke Sungai Buloh dan menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Lebuhraya LATAR) untuk ke Kuala Lumpur, Kepong atau Puncak Alam,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini.

Maklumat terkini mengenai penutupan sementara itu dan laporan trafik boleh didapati melalui akaun Twitter @GCEtrafik dan laman web www.prolintas.com.my atau hubungi di talian tol 1-300-88-0035. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN