KOTA KINABALU – Lebih 118,000 hektar atau 5.21 peratus daripada kira-kira 2,268 hektar kawasan tanaman pekebun kecil kelapa sawit di negara ini sudah mendapat pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MOPB) sehingga Julai tahun ini, kata Menteri Industri Utama, Teresa Kok. Beliau berkata, keluasan tersebut merangkumi 105,751.06 hektar di bawah 56 kelompok pekebun kecil tersusun yang dikendalikan oleh agensi-agensi kerajaan seperti FELDA, FELCRA, SALCRA, SLDB…










