KUALA LUMPUR 20 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan lebih banyak pertuduhan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dikemukakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Tanpa mengulas lanjut mengenai pertuduhan itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, setakat ini empat pertuduhan bersama telah dikemukakan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). “Ini merupakan pertama kali…










