KUALA LUMPUR – Lebih baik tulus mengenai keadaan hutang negara daripada menipu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin. Beliau berkata, kerajaan pada hari ini sanggup berterus-terang dan menolak rasuah selain berusaha melaksanakan pembaharuan. Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya tindakan mendedahkan hutang negara yang mencecah RM1 trilion akan menyebabkan kebimbangan dalam kalangan pelabur. “Agensi penarafan berjumpa saya, saya kata apa (yang anda) mahu. Mahu kita tipu, kita…










