Lebih 20,000 PATI, 1,000 majikan ditahan JIM - Utusan Malaysia

Lebih 20,000 PATI, 1,000 majikan ditahan JIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terus agresif melaksanakan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) sekali gus menjejaki majikan yang menggaji dan melindungi pekerja asing.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, operasi tersebut diadakan selepas Program 3+1 yang memerlukan PATI menyerah diri dan pulang secara sukarela tamat pada 30 Ogos lalu.

“Kami memberi peluang kepada golongan PATI supaya menyerah diri secara sukarela menerusi program ini (program 3+1) sebelum tindakan tegas diambil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Direkodkan, dalam tempoh antara bulan Januari hingga Ogos lalu pihak JIM telah menahan seramai 29,117 PATI menerusi 9,527 operasi yang dijalankan di seluruh negara,” katanya pada sidang akhbar selepas Ops Mega di sini awal pagi tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman.

Tambah Mustafar, selain PATI pihak JIM turut bertindak menahan lebih 1,000 majikan yang didapati menggaji dan cuba melindungi pekerja asing.

“Kita tidak menghalang pekerja asing mencari rezeki di negara ini tapi mereka perlu masuk melalui saluran dan cara yang sah,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, seramai 58 PATI termasuk wanita dan kanak-kanak ditahan dalam Ops Mega yang dijalankan di sekitar kawasan Kota Kinabalu dan Sepanggar bermula pada pukul 1 hingga 4 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini