LaVida Coin diarah henti promosi - Utusan Malaysia

LaVida Coin diarah henti promosi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – (SC) telah mengeluarkan notis yang mengarahkan pe­nganjur Lavidacoin milik usahawan popular, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 46, untuk menghentikan serta-merta semua aktiviti promosi berkaitan Lavida Coin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, SC juga sedang melaksanakan proses penelitian lanjut terhadap aktiviti berkenaan.

Pengawal selia tersebut turut menyenaraikan penganjur Lavida Coin (DSV Crypto Club, LUX Galaxies and VI Profit Ga­laxy) yang didapati mempromosi Lavidacoin dalam Senarai Berwaspada Kepada Pelabur (Investor Alert) SC menerusi laman web www.sc.com.my.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelabur diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah wajar sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan, terutamanya skim pelaburan yang membabitkan mata wang kripto dan token di­gital,” jelasnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini