IPOH 6 Sept. – Golongan peniaga menyambut baik cadangan kerajaan untuk mengisytiharkan restoran terbuka sebagai kawasan larangan merokok serta yakin langkah tersebut tidak akan menjejaskan perniagaan mereka. Seorang peniaga, Mohd. Shukri Amrilim, 31, berkata, penguatkuasaan itu amat ditunggu-tunggu kerana akan memberi keselesaan kepada pelanggan lain yang ingin menjamu selera. Katanya, langkah tersebut juga dapat membantu peniaga dalam aspek kebersihan yang mana puntung dan abu rokok tidak lagi dibuang di bawah…










