PUTRAJAYA – Satu laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa seorang setiausaha politik di sebuah kementerian dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini. Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan, Ahmad Syukri Che Razak berkata, bukti gambar mesyuarat dan rakaman audio telah diserahkan kepada badan penguat kuasa itu berhubung dakwaan tersebut. Jelasnya, setiausaha politik itu cuba menyogok pemimpin-pemimpin tempatan PKR di sebuah lokasi di Pahang pada 1 September lalu berkaitan pemilihan…










