DIASASKAN dan diusahakan oleh anak muda berusia 26 tahun, restoran Fainanos di Parit Kaspan, tepi jalan besar Jalan Batu Pahat-Kluang, Batu Pahat, Johor kini sering dikunjungi ramai pelanggan. Nama Fainanos merupakan gabungan tiga nama iaitu nama pemilik Fainanos dan ibu bapanya. Gabungan tersebut adalah Muhammad Farid Yunos, Rozaina Khalid dan Yunos Nasir. Fainanos telah beroperasi hampir tiga tahun itu pernah tular di laman sosial dan mendapat liputan rancangan TV3, Jalan…










