Lagi datuk bandar Filipina ditembak mati - Utusan Malaysia

Lagi datuk bandar Filipina ditembak mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA – Seorang datuk bandar Filipina yang berada dalam senarai pegawai yang disyaki terlibat dengan jenayah dadah, ditembak mati di pejabatnya semalam, kata polis.

Datuk Bandar Ronda, Mariano Blanco merupakan pegawai kerajaan terbaharu yang dibunuh sejak beberapa bulan kebelakangan ini selepas dikatakan terlibat dengan penyeludupan dadah.

Bandar Ronda terletak di selatan Filipina.

Memuatkan artikel berkaitan…

Negara itu mengamalkan budaya politik ganas tetapi kumpulan-kumpulan pemerhati bimbang tindakan keras Presiden Rodrigo Duterte membanteras jenayah dadah akan menyebabkan penyerang bertindak lebih nekad.

Blanco, 59, ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali di pejabatnya pada waktu tengah malam, kata ketua polis tempatan.

“Beberapa saksi kejadian berkata, empat individu bersenjata dilihat turun dari sebuah van putih dan masuk ke dalam pejabat majlis perbandaran. Ketika itu, Blanco sedang tidur di pejabatnya, kata inspektor kanan, Jayr Palcon kepada agensi berita AFP.

Beliau bagaimanapun tidak pasti kenapa datuk bandar itu membuat keputusan untuk tidur di pejabatnya.

Blanco disahkan meninggal dunia di hospital, manakala motif pembunuhan masih disiasat.

Kejadian itu menyusul selepas Datuk Bandar Tanauan, Antonio Halili ditembak mati pada majlis menaikkan ben­dera di Tanauan, selatan Manila, Julai lalu.

Blanco dan Halili merupakan antara sekurang-kurangnya enam datuk bandar dan timbalan datuk bandar yang dibunuh di Filipina sejak Mei lepas. 
– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini