KUALA LUMPUR 24 Sept. – Kerajaan mungkin menimbang semula pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas bahan binaan dan perkhidmatan jika pemaju gagal mengurangkan harga rumah, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Beliau berkata kerajaan telah mengambil langkah positif dengan memberikan pengecualian, dan kini menunggu para penggiat hartanah untuk mengurangkan harga rumah. “Kami mahu melihat harga diturunkan. Saya tidak berminat untuk melihat pakej tambahan, ini tidak bermakna,” katanya kepada…










