PENYERTAAN dalam program Big Stage baru-baru ini dianggap percaturan terbaik pernah dilakukan oleh Sissy Iman. Setelah lima tahun dilihat malap dalam industri, ini adalah tempoh yang memberi banyak peluang kepada dirinya untuk tiba-tiba menyinar, terang benderang. Sebagai penyanyi, komposer, penulis lirik dan individu yang banyak berkolaborasi dengan penyanyi lain, Sissy sepatutnya sudah lama menyinar. Tidak seharusnya dia menjadi begitu selesa duduk di belakang tabir atau bekerja di sebalik bayang. Bercakap…










