MELALUI terowong yang gelap gelita, sunyi dan mendebarkan menjadi antara tarikan yang terdapat di Pengerang, Johor. Terowong tinggalan zaman Perang Dunia Kedua yang dinamakan Pengerang Battery itu terletak di Tanjung Pengelih, kira-kira 60 kilometer dari Kota Tinggi. Terowong itu menyimpan seribu satu cerita bersejarah yang masih tidak terungkai sehingga sekarang. Selain berfungsi sebagai kubu yang dibina penjajah British, masih banyak misteri yang ‘dikunci’ di sepanjang laluan bawah tanah yang berselirat…










