SEBUT sahaja filem Munafik, pasti ramai yang membayangkan sebuah karya seram yang mencetus fenomena tersendiri pada 2016. Dua tahun kemudian, sekuelnya Munafik 2 kini kembali menghantui jiwa khalayak dengan pengisian yang jauh lebih berat dan mendalam. Sejujurnya, penceritaan Munafik dan Munafik 2 arahan Syamsul Yusof ini bukanlah sebuah naskhah yang berpaksikan elemen seram atau hantu semata-mata. Ia diselitkan dengan inti pengajaran berhubung syirik yang bertentangan dengan agama, namun berlaku dalam…

 
								 
											









