LONDON 6 Sept. – Pemain Jerman, Leroy Sane masih tidak sepenuhnya mempamerkan potensi dan perlu memperbaiki sikapnya, demikian kata rakan senegaranya, Toni Kroos.
Sane, 22 tahun terlepas bersama skuad Piala Dunia 2018, Jerman dan akan kembali bersama pasukan kebangsaannya itu untuk aksi Liga Negara-Negara UEFA dan persahabatan menentang Peru.
Bagaimanapun, dia yang masih belum bermula bersama Manchester City pada musim ini telah digugurkan untuk perlawanan Sabtu.
“Kadang-kala anda memahami bahasa tubuh Leroy yang tidak banyak beza ketika menang atau kalah.
“Dia adalah pemain yang mempunyai segalanya untuk menjadi pemain bertaraf dunia namun kadang-kala anda perlu memberitahu kepada dia agar beraksi dengan lebih baik lagi,” kata Kroos. – AGENSI











