TOKYO – Pekerja-pekerja penyelamat Jepun dengan bantuan jentolak dan anjing pengesan mengharungi lumpur kelmarin untuk mencari mangsa terselamat selepas tanah runtuh akibat gempa bumi kuat menimbus banyak kediaman, manakala angka kematian meningkat kepada 16 orang. Kira-kira 26 penduduk pula masih hilang di pekan Atsuma, utara Jepun, di mana sejumlah kediaman musnah apabila lereng sebuah bukit runtuh dalam gempa bumi bermagnitud 6.6 pada skala Richter itu. “Kami dimaklumkan bahawa masih ada…










