Korban feri karam terus meningkat - Utusan Malaysia

Korban feri karam terus meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UKARA, Tanzania – Waris yang diselubungi kesedihan bersiap sedia kelmarin untuk mengebumikan mangsa bencana feri di Tanzania yang karam di Tasik Victoria dan mengorbankan le­bih 218 orang.

Harapan untuk menemui lebih banyak mangsa terselamat semakin pudar selepas tiga hari feri itu karam pada Khamis lalu. Pasukan penyelamat bagaima­napun berjaya mengeluarkan seorang jurutera yang berlindung di dalam sebuah bilik feri terbalik itu yang tidak dimasuki air.

“Kami akan mula mengebumikan mayat-mayat yang masih belum dikenal pasti oleh waris mereka. Majlis pengebumian akan disaksikan oleh Perdana Menteri Tanzania,” kata Gabenor rantau Mwanza, John Mongella.

Feri MV Nyerere itu karam ketika hendak berlabuh di Pulau Ukara dalam wilayah Mwanza.

Mongella berkata, setakat ini 218 mangsa disahkan mati, manakala 41 orang berjaya menyelamatkan diri. Angka tersebut jauh melebihi had muatan feri itu seramai 101 penumpang.

Sementara itu, Menteri Pe­ngangkutan Tanzania, Isack Kamwelwe berkata kelmarin bahawa 172 mayat mangsa telah dikenal pasti oleh ahli keluarga mereka.

Siaran televisyen tempatan melaporkan lebih 200 orang menaiki feri itu di Bugolora, sebuah bandar di Pulau Ukerewe. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN