Koperal makan suap RM10,000 direman 3 hari - Utusan Malaysia

Koperal makan suap RM10,000 direman 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh perintah tahan reman selama tiga hari terhadap seorang anggota polis berpangkat koperal bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung rasuah berjumlah RM10,000. 

Perintah tahan reman itu terhadap suspek berusia 40 tahun dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dikeluarkan oleh Majistret Khairul Nizam Abu Bakar. 

Sumber SPRM memberitahu, suspek dipercayai telah meminta dan menerima suapan sebanyak RM10,000 sebagai balasan melepaskan orang awam yang ditahan atas kesalahan dadah. 

“Anggota polis ditahan pukul 4 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM negeri. 

“Kes kini disiasat Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan,” jelasnya. 

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut namun enggan mengulas lanjut.

Terdahulu suspek yang memakai lokap SPRM berwarna oren dibawa ke mahkamah pukul 10.40 pagi dengan diiringi pegawai SPRM. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN