Kontraktor kawalan keselamatan terima bayaran hingga Jun 2018 - Kementerian Pendidikan - Utusan Malaysia

Kontraktor kawalan keselamatan terima bayaran hingga Jun 2018 – Kementerian Pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Kementerian Pendidikan telah mengadakan perbincangan dengan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) berhubung isu pembayaran kos perkhidmatan kontraktor kawalan keselamatan di sekolah.

Kontraktor kawalan keselamatan terima bayaran hingga Jun 2018 - Kementerian Pendidikan Artikel Penu
 

Kementerian itu dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, selepas perbincangan dengan PPKKM yang turut disertai Kementerian Kewangan, satu tindakan susulan sedang diambil.

Menurut kementerian itu, terdapat 300 syarikat pembekal kawalan keselamatan bagi sekolah-sekolah di seluruh negara dan syarikat terbabit telah mendapat bayaran hingga Jun 2018, kecuali yang mempunyai masalah dokumentasi dan tidak membuat tuntutan.

“Sebahagian syarikat juga telah dibayar tuntutan bulan Ogos 2018 berdasarkan kesempurnaan tuntutan yang dibuat.

“Bayaran juga telah dibuat bagi kontraktor pembekal bekalan makanan bermasak serta kontraktor kebersihan bangunan dan kawasan iaitu sehingga bulan Ogos, bagi yang membuat tuntutan dengan dokumentasi lengkap,” kata kementerian itu.

Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) yang mendakwa kontraktor kawalan keselamatan sekolah mungkin gulung tikar selepas kerajaan tidak membayar kos perkhidmatan mereka bagi tempoh enam bulan lalu berjumlah melebihi RM100 juta.

Timbalan Presiden DPUKM, Datuk Ismail Ishak berkata, peruntukan tersebut melibatkan sebanyak 80 syarikat kawalan keselamatan yang berdaftar di bawah persatuan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN