KUALA NERUS – Kerajaan negeri Terengganu menawarkan insentif tambahan kepada atlet menyumbang pingat sekiranya kontinjen negeri tersebut muncul juara keseluruhan pada Sukan Malaysia (Sukma) Perak yang bakal bermula Selasa depan. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pemenang pingat emas ditawarkan insentif tambahan RM3,000, pingat perak (RM2,000) dan pingat gangsa (RM1,000). Beliau berkata, bagi meningkatkan lagi motivasi, mana-mana atlet negeri yang dinobatkan sebagai…










