MELAKA – Sepasang kekasih dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki tiga tahun lalu. Hakim Datuk Siti Khadijah S. Hassan Barjenid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pasangan itu. Tertuduh, Nur Fatihah Saqira Mohd. Tahir dari Segamat, Johor dan Firdaus Abdul Karim dari Kandang, Melaka masing-masing berusia 22 tahun kelihatan tenang sebaik mendengar keputusan tersebut.…










