JOHOR BAHRU 26 Sept. – Hanya dengan mempelajari teknik menghasilkan pokok bebola lumut atau pokok kepal menerusi internet, seorang pengusaha nurseri memberanikan diri mencubanya. Hairul Anwar Karman, 39, tertarik dan berminat dengan pokok bebola lumut atau lebih dikenali sebagai kokedama setelah mengetahui cara-cara membuat tanaman hiasan itu. Kokedama sesuai ditanam dalam pasu untuk mencantikkan rumah. Bahannya hanya tanah campuran, spaghnum atau lumut hijau, pokok hiasan, air, tali, gunting dan gunting…










