KKMM berusaha tingkatkan kelajuan internet di IPTA luar bandar - Utusan Malaysia

KKMM berusaha tingkatkan kelajuan internet di IPTA luar bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam usaha meningkatkan kelajuan internet di kampus Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) luar bandar di seluruh negara bagi memudahkan akses kemudahan itu dalam kalangan pelajar di institusi terbabit.

Timbalan Menterinya, Eddin Syazlee Shith berkata, ini harus dilakukan memandangkan internet merupakan keperluan asas dalam proses mempercepatkan pencarian bahan pembelajaran.

“Kita mahu rangkaian lebih laju seperti 3G dan 4G itu menjadikan keutamaan kerajaan sekarang dan selain daripada itu kita juga melihat usaha-usaha untuk menaikkan lebih banyak menara telekomunikasi di kawasan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan program Fiesta@Pilah anjuran Uiniversiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Turut hadir, Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Prof Dr. Nasrudin Mohammed.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah berkata, daerah ini sesuai dijadikan sebagai hab pendidikan kerana keluasan kampus UiTM dilihat berpotensi untuk diperluaskan selain bandarnya yang tidak terlalu sibuk.

“Tambahan lagi kampus UiTM cawangan Kuala Pliah merupakan cawangan induk di negeri ini.

“Bagaimanapun, dalam usaha itu kampus ini memerlukan dewan seperti UiTM di cawangan Seremban 3 dan Rembau bagi memberi peluang kepada pelajar di kampus berkenaan mendapat kemudahan fasiliti tersebut. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN