Buaya atau nama saintifiknya Crocodylinae merupakan spesies reptilia yang mendiami dunia ini sejak jutaan tahun dahulu. Haiwan maging ini hidup di kawasan beriklim tropika di benua Afrika, Asia, Amerika dan Australia. Haiwan bergelar sang bedal itu juga terkenal sebagai pemangsa yang ganas dan mempunyai antara gigitan terkuat di dunia. Menurut laman web LiveScience, terdapat 13 spesies buaya pelbagai saiz yang mendiami muka bumi ini, manakala bilangannya dianggarkan kurang daripada 500,000…










