Kilang Lynas paling banyak dikaji - CEO Lynas - Utusan Malaysia

Kilang Lynas paling banyak dikaji – CEO Lynas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 8 Sept. – Kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) di Gebeng dekat sini merupakan antara kilang yang paling banyak dikaji semula di negara ini.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amanda Lacaze berkata, kajian membuktikan kilang berkenaan beroperasi secara selamat dan mematuhi peraturan ditetapkan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

Sehubungan itu, katanya, pihaknya berpandangan tiada keperluan untuk kerajaan Pusat terus mengkaji semula kilang memproses nadir bumi itu kerana telah beroperasi di negara ini secara telus dan mengikut peraturan ditetapkan.

“Jika kerajaan Pusat tetap dengan keputusan untuk mengkaji semula kilang ini, Lynas akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Tetapi prosesnya perlu adil, melalui pembuktian saintifik dan tidak emosional,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Lynas 2018 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1 di sini hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin dalam wawancaranya dengan sebuah portal berita berkata, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack akan mengetuai jawatankuasa bagi mengkaji semula projek Lynas.

Bee Yin berkata, kilang Lynas adalah antara beberapa projek berisiko kepada alam sekitar yang dikenal pasti untuk disemak semula. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN