Khalid terima surat peletakan jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

Khalid terima surat peletakan jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz pada 1 September lalu.

Khalid berkata, beliau belum memberikan jawapan berhubung surat bernotis 30 hari itu kerana berpandangan perkara tersebut perlu dipertimbangkan terlebih dahulu.

“Beliau menyerahkan surat perletakan jawatan itu kepada saya. Saya kira ini dilakukan kerana beliau sudah terlalu lama dengan DBKL iaitu 40 tahun. Beliau mungkin memikirkan untuk menumpukan masa bersama keluarga,” katanya dalam sidang akhbar di Menara DBKL 1, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Khalid, beliau akan membawa perkara itu ke mesyuarat kabinet pada minggu depan untuk dibincangkan.

“Kita hormati hasrat beliau serta menghargai sumbangannya. Jika keputusan itu disahkan kita perlu cari pengganti yang sesuai,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini