Kes sebat lesbian: Jangan hina, aibkan pesalah - Hakim Syarie - Utusan Malaysia

Kes sebat lesbian: Jangan hina, aibkan pesalah – Hakim Syarie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – “Janganlah anggap dua pesalah wanita ini hina, orang yang buruk dan jelik kerana apabila mereka bersedia menerima hukuman ia adalah tanda telah insaf dan sedar atas kesilapan.”

Itu peringatan Hakim Syarie Kamarulazmi Ismail susulan pelaksanaan hukuman enam kali sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Terenganu hari ini ke atas dua wanita yang didapati bersalah melakukan hubungan sejenis ketika ditahan dalam sebuah kereta, April lalu.

Tegasnya, hukuman itu juga adalah berbentuk pengajaran, peringatan serta pencegahan kepada pesalah itu sendiri dan masyarakat supaya tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebatan dalam syariah bukan untuk mencederakan, menyeksa, dan mengazabkan pesalah. Mudah-mudahan hukuman ini menjadi pengajaran dan peringatan kepada seluruh umat Islam dan memberi gambaran bagaimana hukuman syariah itu adalah satu hukuman yang berbentuk mendidik dan bukan untuk menyeksa,” katanya.

Kamalruazmi berkata demikian di awal prosiding dengan disaksikan Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd. Zakri Wan Mohd. dan Hakim Kanan Syarie Terengganu, Rosdi Harun serta lebih 100 orang yang berada di galeri awam. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini