Kes saman fitnah: Abdul Rahim, Mohamad masih berunding - Utusan Malaysia

Kes saman fitnah: Abdul Rahim, Mohamad masih berunding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Kes saman bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik terhadap Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berhubung dakwaan memfitnah beliau melakukan kesalahan seksual, masih dalam rundingan untuk menyelesaikan tuntutan tersebut.

RAHIM THAMBY CHIK
RAHIM THAMBY CHIK

Peguam Nasar Khan Mirbas Khan yang mewakili Mohamad memberitahu pemberita, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Aliza Sulaiman sehubungan itu menetapkan 21 September ini bagi pengurusan kes untuk mengetahui perkembangan rundingan dan status kes itu.

Peguam R. Roshini yang mewakili Abdul Rahim berkata, sekiranya tiada penyelesaian, mahkamah akan mendengar perbicaraan kes saman terhadap

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahli Parlimen Kota Raja itu pada 6 Disember ini.

Abdul Rahim selaku pihak plaintif pada 6 Februari tahun lalu memfailkan saman dengan menamakan Mohamad sebagai pihak defendan untuk menuntut antaranya ganti rugi am RM1.5 juta, ganti rugi teruk, perintah injunksi untuk menahan Presiden Parti Amanah Negara ( Amanah) itu daripada terus memfitnahnya secara lisan mahupun dalam media cetak serta internet dan permohonan maaf.

Pihak plaintif menyatakan, pihak defendan didakwa telah membuat tohmahan, bohong dan tidak berasas berhubung salah laku terhadapnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini