Kes malaria di Lombok catat peningkatan - Utusan Malaysia

Kes malaria di Lombok catat peningkatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDONESIA 8 Sept. – Agensi kesihatan Lombok Barat di Nusa Tenggara Barat merekodkan 103 kes malaria di empat daerah di seluruh wilayah itu yang dilanda gempa bumi, baru-baru ini.

Pengarahnya, Rahman Sahnan Putra berkata, empat kes pertama direkodkan di kem penempatan sementara di perkampungan Bukit Tinggi dalam daerah Gunungsari, awal bulan ini.

“Kes semakin meningkat di kawasan yang dijangkiti wabak itu,” katanya.

Wabak berkenaan kini telah tersebar di tiga daerah lain iaitu Batulayar, Lingsar dan Narmada.

Beberapa kanak-kanak dan wanita mangandung dilaporkan antara yang dijangkiti wabak berkenaan.

Beliau berkata, situasi terkini di Lombok Barat amat membimbangkan, memandangkan lokasi penyebaran malaria terlalu hampir dengan kem penempatan mangsa gempa.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) juga menghantar 135 kelambu bagi memastikan mangsa gempa tidak dijangkiti penyakit tersebut.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN