Kes ketum di Putrajaya meningkat - Utusan Malaysia

Kes ketum di Putrajaya meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Penglibatan penjawat awam dalam penyalahgunaan air ketum di Pusat Pentadbiran Kerajaan menunjukkan peningkatan mendadak dalam tempoh dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, peningkatan tersebut masih terka­wal dan dalam pemantauan pihak polis.

Menurut beliau, rekod polis Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Put­rajaya menunjukkan seba­nyak 58 tangkapan dibuat atas kesalahan tersebut bagi tempoh Januari hingga semalam berbanding 30 tangkapan bagi tempoh sama tahun lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi tempoh sama, rampasan yang dilakukan sebanyak 29 kes pada tahun ini berbanding 16 rampasan pada tahun lalu. Suspek yang ditangkap berusia 20 hingga 40 tahun terma­suk kakitangan kerajaan,” kata beliau pada program Hari Bertemu Pelanggan di pusat beli-belah Suria Mall di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini