Kes Guan Eng tidak beri kesan kepada PRK DUN Seri Setia - Utusan Malaysia

Kes Guan Eng tidak beri kesan kepada PRK DUN Seri Setia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah tidak akan memberi kesan sokongan pengundi terhadap Pakatan Harapan (PH).

Kes Guan Eng tidak beri kesan kepada PRK DUN Seri Setia Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/ber
Halimey Abu Bakar

Calon PH untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar berkata, kes tersebut tidak menimbulkan sebarang kebimbangan kerana melibatkan keputusan mahkamah dan bukannya keputusan pilihan raya.

“Tiada, ini kes mahkamah yang menentukan. Setakat ini tiada sebarang persepsi atau pengundi kita bercerita, tidak ada,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot bang­lo dan tuduhan bersubahat dihadapi ahli perniagaan, Phang Li Koon selepas pihak pendakwaan menarik balik kes itu.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan melepas dan membebaskan kedua-dua tertuduh selepas peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Guan Eng dan Datuk V. Sithambaram serta Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Li Koon memohon supaya anak guam mereka dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini