Kertas siasatan rogol bayi perempuan 11 bulan telah diserahkan kepada DPP - Utusan Malaysia

Kertas siasatan rogol bayi perempuan 11 bulan telah diserahkan kepada DPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kertas siasatan berhubung seorang lelaki warga emas yang merogol seorang bayi perempuan berusia 11 bulan telah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan tersebut dan menunggu jawapan daripada DPP untuk tindakan susulan. 

“Kertas siasatan telah diserahkan dengan kes masih disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita yakin suspek berusia 68 tahun itu dapat didakwa dengan tempoh tahanan remannya akan berakhir esok,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis serah terima tugas di sini hari ini. 

Terdahulu beliau menyaksikan serah terima tugas Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam antara Deputi Superitendan (DSP) Lai Lee Peng kepada DSP Ahmad Faizal Tahrim. 

Lee Peng berusia 52 tahun akan bertukar ke Bahagian Pendataan dan Analisa Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman. 

Kosmo! sebelum ini melaporkan polis menahan seorang lelaki warga emas selepas disyaki merogol berusia bayi 11 bulan yang diasuh oleh menantunya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Seksyen 24 di sini pada 20 Ogos lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini