PONTIAN 5 Sept. – Isu basikal lajak dalam kalangan remaja pada hari ini memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak supaya wujud kesedaran agar menghentikan aktiviti berbahaya itu. Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Pontian, Datuk Zamrud Misdi berkata, perlu ada pilihan lain kepada mereka seperti penyediaan tempat yang sesuai dan bukan berbasikal di jalan raya hingga membahayakan diri sendiri dan orang lain. “Minat dan kecenderungan mereka turut melibatkan kos…










