SESEKALI penulis memerhatikan seorang pakcik tua yang masih kuat kudratnya untuk mengawal pergerakan perahu di hadapan menyelusuri Sungai Mujok menggunakan sebatang kayu panjang. Ada masanya pak cik yang berusia 60-an itu duduk seketika. Mungkin lelah sudah mula terasa. Namun, ketika menghampiri kawasan aliran sungai yang deras, sepantas kilat pak cik tadi bangkit lalu menggerak-gerakkan kayunya bagi mengawal perahu agar tidak terbalik. Rasa kagum melihat aksi spontan pakcik itu yang begitu bertenaga mengemudi perahu yang ketika itu sedang menongkah arus sungai yang kuat dan mencabar. Segala urat di tangannya jelas kelihatan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya