Kereta nasional ketiga diperhalusi - Utusan Malaysia

Kereta nasional ketiga diperhalusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Kerajaan sedang memperhalusi projek kereta nasional ketiga di bawah Dasar Automotif Nasional.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kian Ming memberitahu, kerajaan sedang mengkaji semula dasar tersebut supaya selari dengan teknologi mobiliti serta revolusi 4.0.

Katanya, kajian semula itu melibatkan perbincangan perkara-perkara berkaitan pembangunan sektor automotif tempatan termasuklah produk kereta nasional baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Projek kereta nasional ini merupakan salah satu isu yang akan dikawal selia dan diperhalusi di bawah Dasar Automotif Nasional ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Mengenai jumlah projek yang ditarik balik selepas bertukar kerajaan, Kian Ming memberitahu, hanya enam projek pelaburan langsung asing dengan nilai RM37.3 juta dalam sektor perkilangan telah menutup, berhenti dan pindah operasi dari negara ini.

Beliau berkata, jumlah itu sangat kecil jika dibandingkan dengan nilai pelaburan asing yang berjaya dibawa masuk ke negara ini iaitu RM26.5 bilion antara Januari hingga Jun tahun ini.

“Jadi jumlah yang berhenti dalam tempoh serupa adalah sangat kecil. Ini menunjukkan di bawah pelabur asing mempunyai keyakinan kepada kerajaan baharu,” jelas beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini