KUALA LUMPUR 4 Sept.- Kerajaan hari ini menolak cadangan untuk menetapkan harga siling tiket penerbangan sebagai usaha untuk menurunkan harga tambang terutamanya pada musim perayaan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, harga siling akan memberi kesan buruk kepada harga tambang pada hari biasa yang mana syarikat-syarikat penerbangan berkemungkinan besar akan meningkatkan harga sekali gus membebankan rakyat. Justeru, katanya, hasil daripada perbincangan bersama tiga syarikat penerbangan di negara ini iaitu Malaysia Airlines (MAS), AirAsia Berhad (AirAsia) dan Malindo Airways Sdn. Bhd. (Malindo Air), mereka bersetuju untuk menambah 20 peratus kapasiti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya