KUALA LUMPUR – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang merangka mekanisme penetapan tarif air baharu untuk masa depan. Timbalan Menterinya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, antara ciri mekanisme itu termasuk memastikan kenaikan kadar tarif air dilakukan secara terkawal dan melindungi kepentingan pengguna secara keseluruhan. “Ia turut mengambil kira keperluan khas rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah, berupaya meningkatkan keupayaan dan kecekapan operator air…










