KUALA LUMPUR 1 Sept. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan tidak akan menganiayai nasib golongan bumiputera, sebaliknya akan membantu memperkasakan ekonomi kaum tersebut. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, walau bagaimanapun golongan bumiputera tidak boleh bergantung harap semata-mata kepada kerajaan baharu tanpa melakukan sebarang usaha. Tegas beliau, golongan bumiputera hanya boleh berjaya jika masing-masing mengamalkan sikap amanah, rajin dan kuat berusaha. “Kita ada di sini bukan untuk menganiaya…










