KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah komited memacu pembangunan negeri ke tahap lebih baik agar lebih berdaya saing, dinamik, makmur serta mensejahterahkan kehidupan rakyat, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. Beliau berkata, dalam kerangka itu Sabah mempunyai segala-galanya untuk muncul sebagai satu kuasa ekonomi. “Aset paling utama Sabah adalah keluasan tanah untuk aktiviti pertanian dan perladangan, sumber alam yang banyak di samping keindahan alam semula jadi serta kepelbagaian masyarakat yang…










