Kerajaan berharap dapat kurangkan hutang dalam tempoh satu hingga dua tahun - Utusan Malaysia

Kerajaan berharap dapat kurangkan hutang dalam tempoh satu hingga dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK – Kerajaan Malaysia yang baru dipilih berharap dapat mengurangkan sejumlah besar hutang negara dalam tempoh satu atau dua tahun lagi, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini pada Khamis.

Beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mengutamakan usaha bagi pemulihan kekayaan dan menyelamatkan ekonomi negara dalam tempoh berkenaan.

“Sekarang ini kita sebagai kerajaan. Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah menyelesaikan beberapa masalah yang diwujudkan oleh kerajaan sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan sebelum ini telah meminjam sejumlah wang yang besar iaitu lebih RM1 trillion. Adalah sukar bagi kita tetapi dalam satu atau dua tahun ini kita boleh mengurangkan jumlah itu,” katanya semasa sesi dialog bersama-sama anggota Masyarakat Asia di sini dengan bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd bertindak sebagai moderator.

Mengenai hutang Malaysia, Mahathir berkata, tiada negara sepatutnya mempunyai hutang di luar kemampuannya dan beliau merasa terkejut bagaimana kerajaan sebelum ini boleh membiarkan ini berlaku. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini