JOHOR BAHRU – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membantu golongan pengusaha cili tempatan untuk menghantar petisyen kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) bagi menyelesaikan isu berkaitan lambakan cili di dalam negara. Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, setakat ini, borang-borang petisyen telah pun diberikan kepada pengusaha-pengusaha tempatan untuk mengumpul maklumat dan data berkaitan lambakan cili itu dalam masa sebulan. Petisyen disasarkan untuk diisi lebih 800 pengusaha cili yang berdaftar dengan kementerian. “Sekiranya benar terdapat isu lambakan atau pembuangan, laporkan kepada kita dan…










