KUALA LUMPUR 27 Sept. – Jumlah kematian akibat keracunan metanol di seluruh negara, dilaporkan telah meningkat kepada 40 kes. Pertambahan itu membabitkan tiga kes kematian baharu yang mana satu kematian masing-masing dilaporkan di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 24 kes direkodkan di Selangor, empat kes di Perak, 11 kes di Kuala Lumpur manakala satu…










