Keputusan berat sebelah, prejudis Tommy sudah dijangka - Utusan Malaysia

Keputusan berat sebelah, prejudis Tommy sudah dijangka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 4 Sept. – Tindakan Tommy Thomas yang menarik balik tuduhan rasuah terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sememangnya sudah dijangka sejak daripada awal beliau dilantik sebagai Peguam Negara.

NOOR HAIRI
NOOR HAIRI

Naib Ketua Pemuda UMNO negeri, Noor Hairi Noor Mohammed berkata, tindakan prejudis atau berat sebelah Peguam Negara itu juga dapat dilihat apabila menggugurkan sekurang-kurangnya lima kes berkaitan yang membabitkan pemimpin daripada parti pemerintah.

Katanya, tindakan tersebut memberi gambaran mengenai kepincangan dan cara kepimpinan autokratik yang diamalkan oleh kerajaan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dahulu sesiapa saja yang dituduh tetap akan disiasat. Sebagai contoh kes bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo yang terbukti bersalah dan beliau telah dihukum.

“Jika kes Guan Eng yang mempunyai bukti jelas dan kukuh boleh digugurkan, saya mencabar Peguam negara agar menggugurkan juga kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang sehingga kini tidak mempunyai bukti kukuh dan jelas,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melepas dan membebaskan Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon daripada dua pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa berhubung pembelian banglo di bawah harga pasaran.

Berikutan itu, ramai pihak termasuk Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar meminta Tommy untuk memberi penjelasan terhadap keputusan menggugurkan pendakwaan dalam kes berkenaan.

Seterusnya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut mencadangkan agar agensi penguat kuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) diberikan kuasa untuk melakukan pendakwaan.

Mengulas lanjut, Noor Hairi berkata, beliau melihat negara pada hari ini sedang diperintah oleh pemimpin yang mengamalkan gaya autokratik yang boleh membuat apa sahaja mengikut kehendaknya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini